11 July 2011

palitan 24




bila kita ada orang suruhan,kita akan bayar orang suruhan kita dengan wang,harta dan pusaka untuk mengerakkan orang suruhan kita .

tapi bila kita yang jadi orang suruhan itu,seberapa banyak harta dan pusaka tuan kita bagi ,dalam hati mesti ada benci dan wujud nya rasa tidak selesa.

aku.... sakit






p/s : gua benci jdi org suruhan itu,tp aku sedang menjadi orang suruhan itu.. aduh





26 May 2011

palitan 23


jangan
malu
sangat

tapi perlu malu
malu untuk maruah
malu untuk diri
malu untuk kita

ehh cop,
masih ada mahu cerita tentang cinta
udah aku bilang
aku bosan dengan kisah cinta kau
cinta yang tak bahagia
cinta yang sakit
cinta yang hancur
jangan di jaja cerita seperti itu dengan ku
bikin malu saja

kau bilang tiap malam kau sedih
tiap malam kau nangis

untuk apa!

sudah aku bilang cinta itu menyakitkan
bahagia kau rasa hanya seketika
sahabat sahaja sudah cukup
bukan kah sahabat lebih bahagia dari bercinta

(alamak dah ke lain ni.. ok sambung)

malu
perlu ada untuk kita
melayu

simbolik melayu adalah malu
tapi biar berpada

jangan sampai manusia kata
kau pemalu
bosan
leceh
senyap
keseorangan

lama lama kau
sakit
sedih
nangis
kecewa

kau lari
bawa malu yang kau ada
untuk kau campak

tapi
jangan semua
hanya separuh




p/s : gua baru jumpa manusia yg sgt pemalu,sangat boring..tahu tundk jew..
gua macam nak pegang kepala die,angkat kepala die ke atas bagi gua nmpk mata,hidung , mulut
eh cukup.. ingat ada yang xde...hamppehhh



25 May 2011

palitan 22




jangan biarkan aku sendirian
untuk kali ini saja,
aku tak boleh
aku tak kuat
untuk sendirian seperti aku aku yang dulu.


maaf dipinta dari kamu untuk aku,
membuat diri kamu terganggu dengan belaian dari ku,
dengan kasih manja dari ku,
dengan hembusan nafas dariku,
membuat jiwamu bergelora tak tenteram.


maaf


hati kamu yang kusimpan erat,
yang ku genggam kuat,
kian terungkai,
terpudar,
lalu bekecai..


perbuatan yang disemadi dalam diri,
membuat hati pergi tidak kembali


ohhh...


ia tidak mungkin kembali
untuk aku yang mahu ada kamu


ya

memang betul kamu kuat,
memang betul kamu hebat,
memang betul kamu kuat,
hebat,kuat,hebattttt,kuaatttt.....


bukan mahu ceritakehebatan dan kekuatan kamu,
mahu cerita kata kata kamu,
membuat hati keras kecairan didalam diri aku


ya itu aku


aku orang yang tercair itu,
ya aku lah manusia bodoh
percaya kata kata,
janji janji yang betabur dari bibir merah mu itu


konklusi hati mencari kata,
membuat diri aku binasa






p/s : da lama terkubur dalam blog gua... baru kali ini sempat diluah kan..
sekian






12 March 2011

palitan 21




dengan kehadiran sang angin
membawa panahan panah untuk hati yang berduka
dengan adanya ia membuat hati ku tertarik


kini panahan itu menusuk ke hati yang kian pulih
ia membuat senyuman dan cenda tawa kembali
setelah sekian lama terkubur di tepi jalan
tanpa ada siapa yang ketahui kemana hilangnya ia


aku goyah dengan lirikan mu
aku keruan dengan sentuhan mu
aku getar dengan senyuman yang terukir dibibir mu
membuat aku terpesona
terjatuh untuk mendapatkn mu


aku mahu ia terus ada
ia terus ada utk ku
untuk kekuatan ku
untuk tiap nafas ku


kau orang jadian yang datang utk aku
tanpa dipaksa
tanpa di pukul diterajang diterjah
untuk aku kerah





yang aku mahu kau ada bersama ku




26 February 2011

palitan 20




hujung kaki katil

aku merayu
menangis
tolong rangkul aku
rangkul aku sekuat kuat nya
sedalam dalam nya

kerana diri aku kian hilang
di alam maya
yang aku sendiri ciptakan


aku tidak mahu kamu
tidak suka kamu memdekati ku
kerana aku tahu
kau akan sakit
kau akan susah


lihat detik saat sekarang
kau sakit

kau susah

kau jatuh kerana aku


sudah aku bilang jangan mendekati
ku
aku adalah masalah

masalah adalah aku
kau paham??
paham??


maaf utk itu
maaf utk semua
yang aku mahu

kau pergi dari aku





maaf






p/s : gua kesunyian ,hanya berteman lagu pecah kepala gua saja

23 February 2011

palitan 19

now anything is about u



bila ak terjaga
aku sakit
sakit yang tak tahu mana datang punca dan tujuan
aku cuba utk kuat
ak cuba utk bangun
ak cuba utk terus hidup di alam maya


ya betul kata kau
benda itu buat kite sakit
benda itu buat kite stone
benda itu buat kite lupa
mana asal usul realiti hidup menunggu mati kau


tapi dengan benda itu
boleh hilang segala duka
boleh hilang segala resah
boleh hilang segala sakit di dalam


aku boleh rasa heaven walau seketika
aku boleh rase gembira
gembira utk terus hidup menunggu mati aku


kau......


sekarang kau saja yang ada utk aku
aku cube menjaga ikatan yang ada
supaya kau juga tidak hilang
hilang seperti segelintir orang orang jadian
yang aku wujud kan


maaf dipinta
utk kau yang terluka
utk kau yang aku sakitkan
maaf





p/s : gua kehilangan mr.Lola gua...lepas nie gua mahu berbalik pada niat asal membela ular






22 February 2011

palitan 18





orang orang jadian

ak kerah tenaga mu
utk membangkitkn aku


ak sudah jatuh terbaring
tersekat menunggu kamu


orang orang jadian
tolong lindungi aku
dari pekak terima tembakan


oh orang orang jadian
aku seru
aku merayu kepada kamu
tolong bangun kan aku


aku sakit
ak terluka
mencari ketenangan diri








p/s : gua sakit skrg